Masuk ke Dalam Cahaya
Ulasan buku 'Masuk ke Dalam Cahaya' oleh Abdullah Hussain ( Sasterawan Negara ke- 8) Apa yang saya dapat simpulkan daripada buku ini ialah ia telah merangkumi makna ayat suci Al-Quran yakni ' Sesungguhnya tiada ia kuasa atas orang-orang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Dia hanya berkuasa atas orang yang memilihnya sebagai teman dan mempersekutukan Tuhan '. Buku ini menceritakan bagaimana Iblis amat memusuhi anak cucu Nabi Adam a.s. Iblis laknatullah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghancurkan masa depan kita, kerana dendamnya terhadap manusia yang menyebabkan dia diperintahkan oleh Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. Kerana kesombongan dan sikap takburnya menyebabkan dia dihalau keluar dari syurga-Nya. Sejak itu, perjuangan Iblis bermula untuk menghancur dan menyesatkan umat manusia supaya ramai memasuki neraka-Nya. Walau bagaimanapun, Allah SWT Maha Adil lagi Bijaksana. Hamba-Nya yang ikhlas beribadah dan bertawakal kepada Nya akan di...
Comments
Post a Comment